Perpaduan Terus Kejayaan

Tuesday, May 26, 2015

Semangat Patriotik

Pengenalan:


 Patriotism adalah suatu sentiment nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada Negara. Mempertahankan kedaulatan Negara dan kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi Negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seseorang warganegara. Patriotisme memainkan peranan penting dalam setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Mengambil ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2,

“kalau semua rakyat sanggup berkorban bukan sahaja tenaga bahkan jiwa raga mereka untuk mempertahankan negara, maka tidak ada suatu kuasa besar pun yang boleh mengganggu ataupun menakluk Negara kita”. Jelas sekali bahawa semangat patriotisme amat penting untuk mengekalkan kedaulatan nagara kita . Walaupun negara kita sudah merdeka selama setengah abad, tidak bermakna kita tidak memerlukan semangat patriotisme. Untuk menghadapi cabaran dunia berteknologi tinggi, semangat patriotisme masih perlu disemai dalam setiap jiwa rakyat terutama sekali golongan remaja. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan Negara serta satu pelaburan strategik kearah keselamatan negara. Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah bergantung kepada individu semata mata tetepi merangkumi semua aspek seperti kearah patriotisme rakyat. Semangat patrotisme amat penting masa kini kerana kita sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisas yang menuntut semangat patriotism yang tertinggi

Isi:
1.      Iktibar:

Kebanyakan kita lupa bahawa Negara kita pernah dijajah selama 446 tahun (1511-1957), satu jangka masa yang amat panjang. Disebabkan sikap orang Melayu yang mudah lupa (4), kita juga lupa tentang kesensaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita tidak pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang tidak mengetahui nama nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti spiderman atau superman yang lebih menyeronokan dan menghayalkan. (6)

Sikap terlalu mempercayai dan tidak berwaspada contohnya tidak berwaspada terhadap tipu helah British menyababkan laluan kepada british untuk menjajah tanah Melayu contohnya British menggunakan tipu helahnya untuk menguasai Jabatan Polis, Jabatan Tanah dan ukur, Jabatan cukai dan Jabatan kehakiman sebagai strategi British untuk menguasai Tanah Melayu (1).

Sikap bersatu padu dan perpaduan yang agak lemah, british Berjaya mengamalkan dasar pecah dan perintah ( Devide and Rule ) semasa menjajah tanah Melayu. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampung-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di ladang-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang. Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.(5)

                                                                 
2.      Cara: individu/masyarakat/Negara/ sekolah

Semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis akibat sikap individualistic dan materialistic. Apabila rakyat tidak cintakan Negara , mereka lebih senang dipengaruhi dan dipecahbelahkan. Justeru itu, semangat patriotism ini perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dikhayati sebaik yang mungkin.’

Usaha – usaha yang harus dijalankan untuk memupuk rasa semangat patriotisme di kalangan masyarakat terutama kalangan remaja ialah dengan memantapkan lagi mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah menengah bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Murid-murid perlu tahu bahawa sejarah harus difahami dan dihayati bukannya dihafal atau mengingat fakta.

Selain itu, semangat patriotisme juga perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat supaya Negara kuat. Cara-caranya adalah dengan mendidik generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsunan Negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.(2)




3.      Kesan: apabila tiada semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat/Negara/ sekolah

Apabila masyarakat didalam suatu Negara tiada semangat patriotisme, keselamatan Negara akan tergugat. Apabila keselamatan Negara tergugat, Negara akan terdedah kepada penjajahan sama ada penjajahan fizikal atau secara globalisasi imperialism. Oleh itu, kita mestilah mempunyai semangat patriotisme.

        Selain itu, rakyat tiada semangat patriotisme lebih senang dipengaruhi dan dipecah-belahkan.                 Justeru itu semangat patriotism perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati                    sebaik yan mungkin. Harapan saya tahap kepekaan yang tinggi akan menjadikan masyarakat                Malaysia akan menjadi masyarakat yang berilmu dan sentiasa mengambil iktbar daripada               peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan diluar Negara.

Penutup:


 Patriotisme memainkan peranan penting dalam setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan Negara serta satu pelaburan strategik kearah keselamatan negara. Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah bergantung kepada individu semata mata tetepi merangkumi semua aspek seperti kearah patriotisme rakyat. Semangat patrotisme amat penting masa kini kerana kita sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisas yang menuntut semangat patriotism yang tertinggi.       
Walaupun masa telah lama berlalu, tetapi pada hakikatnya penjajahan masih berlaku. Era globalisasi dan informasi teknologi maklumat yang melampaui sempadan secara tidak langsung membuka ruang kepada anasir-anasir yang mampu merosakan Negara. Dunia hari ini dikongkong oleh ideologi media barat yang bersifat neo/colonialisme dan melanjutkan agenda western imperialisation ke atas Negara membangun. Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah di gugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing. Semangat patriotisme perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati sebaik yang mungkin. Tahap kepekaan yang tinggi akan menjadikan masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang berilmu dan sentiasa mengambil iktbar daripada peristiwa-persitiwa yang berlaku di dalam dan diluar Negara.

Harapan saya ialah untuk setiap warga Negara Malaysia tanpa mengira kaum bahasa atau warna kulit mesti mempunyai semangat patriotisme dan mempertahankan Negara daripada ancaman pihak yang tidak bertanggungjawab. ( mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka dengan berkali-kali )

 Alina Haizar
MSc UKM

Mantapkan mata pelajaran Sejarah asas patriotisme
Oleh DR. AMINUDIN MANSOR

Para pelajar kebanyakannya belajar mata pelajaran Sejarah secara menghafal fakta hanya untuk lulus peperiksaan tanpa menghayatinya. - Gambar Hiasan
USAHA harus dilakukan untuk memantapkan lagi mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah menengah bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Sejarah harus difahami, dihayati dan bukan dihafal atau mengingat fakta.
Mempelajari sejarah bangsa dan negara adalah teras kepada pembentukan jati diri dan asas kepada patriotisme serta cintakan negara. Pada bulan kemerdekaan ini, isu berkaitan sejarah sewajarnya menjadi perkara penting untuk diingati.
Tinjauan penulis, banyak faktor yang menyebabkan pelajar di peringkat sekolah menengah tidak berminat mempelajari sejarah. Menurut seorang guru Sejarah yang berpengalaman mengajar subjek itu selama 25 tahun mengatakan antara faktor tersebut adalah;
Pertama, pelajar belajar sejarah menghayati dan memahami jalur sejarah bangsa dan negara. Mereka belajar berkaitan tokoh yang sudah meninggal dunia dan pelajar tidak mengenali mereka.
Kedua, mereka sering bertanya, apabila lepas sekolah kerja apakah yang mereka boleh dapat melalui belajar sejarah? Adakah dapat menjamin untuk menjadi pakar Sejarah atau pakar Arkeologi berbanding mata pelajaran lain seperti Sains dan Matematik yang menjanjikan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Ketiga, banyak perkara yang terpaksa dibaca dan dihafal sebagai contoh, tingkatan satu ada 8 bab, tingkatan dua, ada 10 bab, tingkatan tiga, ada 7 bab, tingkatan empat ada 10 bab dan tingkatan lima ada 9 bab. Jumlah bab ialah 44 bab.
Keempat, semasa di tingkatan satu hingga tiga ada projek atau folio yang terpaksa dibuat oleh pelajar sedangkan markah tidak dikira dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sekurang-kurangnya berikan markah sebanyak 10 markah.
Kelima, tingkatan empat dan lima tiada projek atau folio. Pelajar terpaksa membaca dan menghafal 19 bab sedangkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hanya dua soalan yang perlu dijawab oleh pelajar.
Sementara menurut beberapa pelajar ketika ditanya tentang subjek Sejarah, kebanyakan pelajar tidak minat belajar sejarah disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah;
Pelajar sukar untuk mengingat fakta yang banyak, fakta yang diajar kurang diminati. Buku teks tidak menarik dibaca menyebabkan sukar untuk diingati. Subjek Sejarah hanya memerlukan kekuatan ingatan pelajar.
Menurut mereka antara faktor lain adalah cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru Sejarah tidak membantu untuk pelajar mengingati fakta. Fakta yang diingati tidak digunakan dalam kehidupan masyarakat. Pelajar merasakan subjek sejarah membosankan dan membuang masa.
Selain itu, kebanyakan pelajar tidak minat dalam Sejarah kerana mereka tidak mengetahui manfaat mempelajarinya. Bahan P&P tidak menarik dan membosankan. Pelajar berasa dipaksa mempelajarinya kerana subjek teras. Mereka juga mengambil masa terlalu lama untuk mempelajarinya.
Beberapa cadangan diberikan antaranya, menggubal semula sukatan pelajaran Sejarah sedia ada. Kaedah, teknik dan pendekatan yang lebih sesuai terkini dan mudah difahami oleh pelajar melalui P&P Sejarah.
Sebelum Subjek sejarah diajar di tingkatan satu, guru sejarah mestilah menekankan kepentingan sejarah sebagai ilmu yang dapat memperkukuhkan jati diri, akar bangsa dan semangat patriotisme. Selain itu, buku teks baharu yang lebih menarik dengan pelbagai gambar, keterangan dan peristiwa penting.
Buku teks Sejarah yang berwarna dan menggunakan point form fakta-fakta penting dan bukan dalam bentuk karangan yang membosankan. Buku-buku sejarah atau novel yang bersifat kreatif seperti menceritakan detik-detik kemerdekaan, para pejuang kemerdekaan patut diterbitkan lebih banyak.
Guru Sejarah diberi kursus untuk teknik pengajaran kerana P&P guru Sejarah kurang berkesan memberikan penghayatan dan pemahaman sejarah tanah air kepada para pelajar. Setiap guru mestilah menggunakan pelbagai kaedah seperti aplikasi teknologi maklumat (IT) dan P&P terkini seperti kaedah multimedia dalam pendidikan yang menggabungkan teks, kesan bunyi, vokal, muzik, filem, animasi, video berserta perisian komputer yang interaktif.
Proses P&P akan menjadi lebih menarik, iaitu interaktif antara guru dan murid, interaktif guru dengan bahan pengajaran, interaktif murid dengan bahan pengajaran dan interaktif murid dengan murid. Sesekali lakukan interaktif tokoh sejarah dengan murid di sekolah.
Subjek sejarah boleh dimulakan di peringkat sekolah rendah iaitu pada tahun tiga, empat, lima dan enam serta dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Penilaian dan Pentaksiran tahun enam pada masa akan datang.
Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan, pihak kementerian memang bertegas menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai teras dan wajib dipelajari oleh pelajar secara berterusan bermula dari tingkatan satu hingga lima pada peringkat sekolah menengah. Kini mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kurikulum sejarah dilaksanakan di sekolah ketika ini digubal dengan memberi penekanan kurikulum sejarah pada peringkat sekolah menengah rendah. Ia mestilah mempunyai kesinambungannya pada peringkat sekolah menengah atas supaya asas pengetahuan, nilai patriotisme, kemahiran sejarah dan pengalaman yang diperoleh dapat diperkukuh lagi.
Justeru, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) menegaskan kesepaduan unsur pengetahuan, peningkatan daya intelek, pemupukan nilai murni dan perkembangan kemahiran belajar. Sehubungan itu, kurikulum Sejarah yang sedang dilaksanakan ketika ini, diberikan penekanan berasaskan kesepaduan dan kesinambungan.
Di samping pengetahuan sejarah, konsep dan kemahiran asas disiplin sejarah seperti pemikiran sejarah dan unsur patriotisme diperkukuh dalam proses P&P. Dalam usaha melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan aspirasi negara, pendekatan P&P Sejarah menjurus kepada pemupukan pemikiran sejarah di kalangan pelajar di samping kandungan kurikulum sejarah.
Apa yang paling penting pelajar dapat menghayati dan memahami jalur sejarah bangsa dan negara sebagai asas membina jati diri, ke arah pembinaan negara bangsa dan semangat patriotisme.
PENULIS pengamal media dan bekas pendidik
cemerlang. PhD Persuratan Melayu, UKM.


Semangat Patriotik

Monday, May 25, 2015

 Patriotism adalah suatu sentiment nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada Negara. Mempertahankan kedaulatan Negara dan kesanggup untuk berjuang menggadai nyawa demi Negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seseorang warganegara. Patriotisme memainkan peranan penting dalam setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan Negara serta satu pelaburan strategik kearah keselamatan negara. Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah bergantung kepada individu semata mata tetepi merangkumi semua aspek seperti kearah patriotisme rakyat. Semangat patrotisme amat penting masa kini kerana kita sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisas yang menuntut semangat patriotism yang tertinggi

 
1.      Iktibar  dari sejarah kita

Kebanyakan kita lupa bahawa Negara kita pernah dijajah selama 446 tahun (1511-1957), satu jangka masa yang amat panjang. Disebabkan sikap orang Melayu yang mudah lupa (4), kita juga lupa tentang kesensaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita tidak pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang tidak mengetahui nama nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti spiderman atau sumperman yang lebih menyeronokan dan menghayalkan.

 Sikap terlalu mempercayai dan tidak berwaspada contohnya tidak berwaspada terhadap tipu helah British menyababkan laluan kepada british untuk menjajah tanah Melayu contohnya British menggunakan tipu helahnya untuk menguasai Jabatan Polis, Jabatan Tanah dan ukur, Jabatan cukai, Jabatan kehakiman sebagai strategi British untuk menguasai Tanah Melayu (1).

Sikap bersatu padu dan perpaduan yang agak lemah, british Berjaya mengamalkan dasar pecah dan perintah (devide and Rule) semasa menjajah tanah Melayu. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampung-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di ladang-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang. Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.(5)

                                                    

2.      Cara: individu/masyarakat/Negara/ sekolah

 

Semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis akibat sikap individualistic dan materialistic. Apabila rakyat tidak cintakan Negara , mereka lebih senang dipengaruhi dan dipecahbelahkan. Justeru itu, semangat patriotism ini perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dikhayati sebaik yang mungkin.’

 

Usaha – usaha yang harus dijalankan untuk memupuk rasa semangat patriotisme di kalangan masyarakat terutama kalangan remaja ialah dengan memantapkan lagi mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah menengah bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Murid-murid perlu tahu bahawa sejarah harus difahami dan dihayati bukannya dihafal atau mengingat fakta.(mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka dengan berkali-kali

 

Selain itu, semangat patriotisme juga perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat supaya Negara kuat. cara-caranya adalah dengan mendidik generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsunan Negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.(2)

 

 

 

3.      Kesan: apabila tiada semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat/Negara/ sekolah

 

Apabila masyarakat didalam suatu Negara tiada semangat patriotisme, keselamatan Negara akan tergugat. Apabila keselamatan Negara tergugat, Negara akan terdedah kepada penjajahan sama ada penjajahan fizikal atau secara globalisasi imperialism. Oleh itu, kita mestilah mempunyai semangat patriotisme.

 

        Selain itu, rakyat tiada semangat patriotisme lebih senang dipengaruhi dan dipecah-belahkan.                 Justeru itu semangat patriotism perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati                    sebaik yan mungkin. Harapan saya tahap kepekaan yang tinggi akan menjadikan masyarakat                Malaysia akan menjadi masyarakat yang berilmu dan sentiasa mengambil iktbar daripada               peristiwa-peristiwa    yang berlaku di dalam dan diluar Negara.

 

Penutup:

 

 Patriotisme memainkan peranan penting dalam setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan Negara serta satu pelaburan strategik kearah keselamatan negara. Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah bergantung kepada individu semata mata tetepi merangkumi semua aspek seperti kearah patriotisme rakyat. Semangat patrotisme amat penting masa kini kerana kita sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisas yang menuntut semangat patriotism yang tertinggi.       

Walaupun masa telah lama berlalu, tetapi pada hakikatnya penjajahan masih berlaku. Era globalisasi dan informasi teknologi maklumat yang melampaui sempadan secara tidak langsung membuka ruang kepada anasir-anasir yang mampu merosakan Negara. Dunia hari ini dikongkong oleh ideologi media barat yang bersifat neo/colonialisme dan melanjutkan agenda western imperialisation ke atas Negara membangun. Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah di gugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing. Semangat patriotisme perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati sebaik yang mungkin. Tahap kepekaan yang tinggi akan menjadikan masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang berilmu dan sentiasa mengambil iktbar daripada peristiwa-persitiwa yang berlaku di dalam dan diluar Negara.

 

Harapan saya ialah untuk setiap warga Negara Malaysia tanpa mengira kaum bahasa atau warna kulit mesti mempunyai semangat patriotisme dan mempertahankan Negara daripada ancaman pihak yang tidak bertangungjawab.

 

 

 

Rujukan:

 

Buku teks Sejarah (1)

Surat khabar BH ONLINE (2)


Melayu mudah lupa Tun Mahathir (4)

Tiga cabaran untuk mencapai perpaduan dan intergerasi http://unclemilydungun.blogspot.com/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapai-perpaduan_8.html    (5)