Monday, May 25, 2015
Patriotism adalah suatu sentiment nasional
yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada
Negara. Mempertahankan kedaulatan Negara dan kesanggup untuk berjuang menggadai
nyawa demi Negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam
diri seseorang warganegara. Patriotisme memainkan peranan penting dalam setiap
rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini.
Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan
antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan Negara serta satu pelaburan
strategik kearah keselamatan negara. Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah bergantung
kepada individu semata mata tetepi merangkumi semua aspek seperti kearah
patriotisme rakyat. Semangat patrotisme amat penting masa kini kerana kita
sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisas yang
menuntut semangat patriotism yang tertinggi
Sikap
terlalu mempercayai dan tidak berwaspada contohnya tidak berwaspada terhadap
tipu helah British menyababkan laluan kepada british untuk menjajah tanah
Melayu contohnya British menggunakan tipu helahnya untuk menguasai Jabatan
Polis, Jabatan Tanah dan ukur, Jabatan cukai, Jabatan kehakiman sebagai
strategi British untuk menguasai Tanah Melayu (1).
1.
Iktibar dari sejarah kita
Kebanyakan
kita lupa bahawa Negara kita pernah dijajah selama 446 tahun (1511-1957), satu
jangka masa yang amat panjang. Disebabkan sikap orang Melayu yang mudah lupa (4),
kita juga lupa tentang kesensaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu
kerana kita tidak pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara
anak-anak kita yang tidak mengetahui nama nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok
Janggut, Dato’ Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi
kerana saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti
spiderman atau sumperman yang lebih menyeronokan dan menghayalkan.
Sikap
bersatu padu dan perpaduan yang agak lemah, british Berjaya mengamalkan dasar
pecah dan perintah (devide and Rule) semasa menjajah tanah Melayu. Mereka
menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat
memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang
memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan.
Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar
Bandar iaitu di kampung-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong
bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang
dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di ladang-ladang
getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan
hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang. Cabaran dari segi
ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan
ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.(5)
2.
Cara: individu/masyarakat/Negara/ sekolah
Semangat
patriotisme di kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis akibat sikap
individualistic dan materialistic. Apabila rakyat tidak cintakan Negara ,
mereka lebih senang dipengaruhi dan dipecahbelahkan. Justeru itu, semangat
patriotism ini perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dikhayati
sebaik yang mungkin.’
Usaha
– usaha yang harus dijalankan untuk memupuk rasa semangat patriotisme di
kalangan masyarakat terutama kalangan remaja ialah dengan memantapkan lagi mata
pelajaran sejarah di peringkat sekolah menengah bagi mengukuhkan semangat patriotisme
dalam kalangan pelajar. Murid-murid perlu tahu bahawa sejarah harus difahami
dan dihayati bukannya dihafal atau mengingat fakta.(mereka yang tidak belajar
daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka dengan
berkali-kali
Selain
itu, semangat patriotisme juga perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat supaya
Negara kuat. cara-caranya adalah dengan mendidik generasi muda khususnya
menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam
jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsunan Negara dalam menghadapi
era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.(2)
3.
Kesan: apabila tiada semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat/Negara/ sekolah
Apabila
masyarakat didalam suatu Negara tiada semangat patriotisme, keselamatan Negara
akan tergugat. Apabila keselamatan Negara tergugat, Negara akan terdedah kepada
penjajahan sama ada penjajahan fizikal atau secara globalisasi imperialism.
Oleh itu, kita mestilah mempunyai semangat patriotisme.
Selain itu, rakyat tiada semangat
patriotisme lebih senang dipengaruhi dan dipecah-belahkan. Justeru itu semangat patriotism
perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati sebaik yan mungkin. Harapan
saya tahap kepekaan yang tinggi akan menjadikan masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat
yang berilmu dan sentiasa mengambil iktbar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan diluar Negara.
Penutup:
Patriotisme memainkan peranan penting dalam
setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama
ini. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan
penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan Negara serta satu
pelaburan strategik kearah keselamatan negara. Kejayaan yang dicapai hari ini
bukanlah bergantung kepada individu semata mata tetepi merangkumi semua aspek
seperti kearah patriotisme rakyat. Semangat patrotisme amat penting masa kini
kerana kita sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisas
yang menuntut semangat patriotism yang tertinggi.
Walaupun masa telah lama
berlalu, tetapi pada hakikatnya penjajahan masih berlaku. Era globalisasi dan
informasi teknologi maklumat yang melampaui sempadan secara tidak langsung membuka
ruang kepada anasir-anasir yang mampu merosakan Negara. Dunia hari ini dikongkong
oleh ideologi media barat yang bersifat neo/colonialisme dan melanjutkan agenda
western imperialisation ke atas Negara membangun. Selagi kita jahil dalam
bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama
itulah kemerdekaan kita mudah di gugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa
asing. Semangat patriotisme perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan
dihayati sebaik yang mungkin. Tahap kepekaan yang tinggi akan menjadikan
masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang berilmu dan sentiasa mengambil
iktbar daripada peristiwa-persitiwa yang berlaku di dalam dan diluar Negara.
Harapan saya ialah untuk
setiap warga Negara Malaysia tanpa mengira kaum bahasa atau warna kulit mesti
mempunyai semangat patriotisme dan mempertahankan Negara daripada ancaman pihak
yang tidak bertangungjawab.
Rujukan:
Buku teks Sejarah (1)
Surat khabar BH ONLINE (2)
Mantapkan mata pelajaran
Sejarah asas patriotismehttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140812/re_07/Mantapkan-mata-pelajaran-sejarah-asas-patriotisme
(3)
Melayu mudah lupa Tun
Mahathir (4)
Tiga cabaran untuk
mencapai perpaduan dan intergerasi http://unclemilydungun.blogspot.com/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapai-perpaduan_8.html
(5)
0 comments:
Post a Comment